
Sulit
5 tahun
Seks pertama kali dan ianya tidak protected. Saya suda makan pil postinor 2 tetapi masi risau
Assalamualaikum dok, sy wanita berumur 21 tahun. Sy melakukan seks pertama pada 28 march and ianya tak protected. Pada 30 march sy telah memakan postinor 2. Adakah period saya akan dtg seperti biasa ataupun ia akan terlambat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, anda mungkin akan datang haid lebih awal, lebih lewat atau sekitar masa anda sepatutnya datang haid. Anda juga mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti, sakit kepala, mual, pening dan sakit buah dada. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan ubat ini lebih daripada sekali dalam satu kitaran haid. Anda disarankan untuk menggunakan kaedah kontraseptif yang lain seperti pil perancang atau kondom. Kondom juga boleh melindungi anda daripada jangkitan kelamin.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.