Sulit
6 tahun
Seks selepas 4 bulan bersalin
saya 32 thn baru bersalin 11 ogos 2019 yg lalu. dan memasang implan pd 17 okt 2019.Atas nasihat doc sy tk dibenarkn melakukan seks sehingga hari ke 100.sebab bimbang implanon tu xfunction lgi sekiranya sy tak datang period.
Sy habis darah nifas pd hari ke 36 bersalin.
masa check up hari ke 30 di Kk Doc ada kata luke sy di bawah ada koyak sikit bhagian dalam tp xperlu jahit semula sb die akn cantum blik.
soalan sy adakah luka tu masih xsembuh lgi sampai skng dh 4 bln lebih sb bila bsama suami ada kluar darah?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut berkenaan dengan keadaan luka anda kerana setiap orang ada tempoh masa yang berbeza untuk sembuh. Selain itu, kami juga perlu untuk melihat keadaan luka anda sebelum memberikan khidmat nasihat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































