Sulit
4 tahun
Seks tanpa alat perlindungan
Saya masih belajar, saya berasa ragu-ragu kerana risau mengandung atas perbuatan teman lelaki saya. Saya telah makan pil postinor - 2 dan bolehka jika saya mengambil pil itu sekali lagi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, harus diingatkan bahawa setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (seperti kondom) dan tanpa perancangan kehamilan mempunyai risiko untuk hamil yang tinggi. Seandainya terlupa memakan pil perancang, anda boleh makan sebaik sahaja teringat.
Merujuk kepada Postinor-2, harus diketahui bahawa Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Sekiranya anda makan setelah 3 hari berhubungan, tidak diketahui sama ada Postinor-2 berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Justeru, seandainya anda telah mengambil pil sesuai arahan pengubatan diatas, risiko kehamilan dicegah setinggi 85%. Bagi mendapat penjelasan punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) atau link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.