
Sulit
4 tahun
Seks tidak kerap bersama hubungan sejenis boleh terkena jangkitan HIV?
Doktor 2 hari lepas saya melalukan hubungan seks sesama jenis… Saya pernah melakukannya selama 3 kali… Kali pertama tahun lepas… Kali kedua bulan feb 2021 dan kali ke 3 dua hari lepas… Kami melakukan seks tidak memakai kondom tetapi kami tidak kerap melakukan seks sejenis… Adakah saya terdedah kepada HIV dan ada risiko jangkitan HIV… Perkara ini menguatkan saya menyesal dan tidak lena tidur malam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Untuk makluman anda, virus HIV boleh tersebar melalui perkara berikut:
- Aktiviti seks bebas dan rambang tanpa perlindungan
- Perkongsian jarum dalam kalangan pengguna dadah
- Lahir daripada ibu yang positif HIV
- Transfusi darah yang mengandungi virus HIV
- Needle prick injury dalam kalangan pekerja kesihatan
Sebagai nasihat dan peringatan, hubungan seksual sesama jenis adalah satu aktiviti yang tidak sihat. Elakkan diri daripada terus terlibat dengan aktiviti seperti ini dan mengubah gaya hidup anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.