
lily.mell9090
5 tahun
Seksual hubungan intim
Saya lily . Berumur 25 tahun. Saya ingin bertanya doc. Semalam saya ada bersama dengan kekasih saya. Ketika kami bersama kami tidak melakukan seks. Cuma kami oral sahaja. Ketika kekasih saya pancut ditangannya dan dia lapkan sehingga kering selepas itu dia masukkan tangannya kedalam vagina saya. Adakah dalam keadaan tangan kering itu memboleh kan sperma berfungsi di sebabkan vagina saya dalam keadaan basah (cecair dari vagina saya) dan adakah saya keberangkalian akan mengandung?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya terletak di tengah kitaran haid. Biasanya waktu subur adalah sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal (28 hari). Maka, sekiranya anda melakukan hubungan pada tempoh tersebut, kemungkinan untuk hamil adalah tinggi. Seandainya anda melakukan hubungan di waktu yang tidak subur, maka tiada ovum yang dikeluarkan, sehingga persenyawaan antara ovum dan sperma untuk membentuk embryo tidak dapat terjadi.
Untuk pengetahuan tuan, air mani mengandungi sperma. Sperma harus tiba di dalam rahim untuk bersenyawa dengan ovum sebelum membentuk janin. Sekiranya jari yang dimasukkan ke dalam vagina tidak mengandungi sperma, maka sperma mungkin tidak dapat sampai ke dalam rahim untuk proses persenyawaan.
Bagi keterangan dan penjelasan tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.