Sulit
5 tahun
Sel darah putih terlalu tinggi
Kawan saya berumur 16 tahun lelaki. Sepatutnya tadi dia operate tetapi cancel kerana doc yg ada tdk berani nk buat operation tu so kena tggu specialist jugak. Kwn saya diuji sakit luar biasa. Sel darah putih terus meningkat dari 38 kpd 50 dan kini 70. Sdgkn normal dlm 5 shj. Sampai sorg doctor masih tercari ii puncanya . Doc cakap ini penyakit pelik tdk oernah mereka jumpa… apa pndpt doc, tlg kami.
Utk pegetahun pihak tuan juga.
Pihak hospital di sana kata
Kwn saya ada jangkitan kuman dlm darah . Dia juga sblm ni ada allergic antibiotik smp bengkak ii kaki tgn. Sbb dia jugak ada gastrik doc.
Sy harap doc jwb soalan sy yg ni. Yg tadi kurg lengkap tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Secara umum, peningkatan sel darah putih yang mendadak adalah merupakan petanda bagi beberapa penyakit seperti:
- Jangkitan samada kuman, virus ataupun kulat
- Akibat sesetengah ubatan
- Immunosuppresi
- Masalah sumsum tulang
- Kanser
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































