
Sulit
4 tahun
Sel sel kulit rosak dan mati pada individu
Bolehkah sel sel kulit pada seseorang boleh rosak dan mati…apakah tanda tanda tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, secara semulajadi, sel-sel kulit yang mati akan tertanggal dan diganti dengan sel kulit yang baru tanpa kita sedari. Namun, ada kalanya sel-sel kulit ini tidak tertanggal dengan sendirinya sehingga menyebabkan pengumpulan sel-sel kulit mati. Manakala, sel-sel kulit boleh rosak disebabkan oleh pelbagai keadaan seperti pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu lama atau tidak memakai krim pelindung matahari, mahupun kerosakan sel disebabkan bahan kimia. Tanda kulit rosak bergantung kepada penyebabnya. Secara umum, antara tanda kulit rosak adalah seperti:
- kulit menggelupas - mungkin disebabkan oleh kerosakan yang berlaku terus terhadap kulit atau disebabkan oleh keadaan kulit yang tertentu, pelbagai jenis penyakit serius, gangguan, dan keadaan luaran atau dalaman.
- manifestasi penuaan termasuklah kedutan, tompok gelap, pigmentasi
Namun, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.