Sulit
4 tahun
Selalu chest pain dan heart beat laju
Saya pesakit hypertyroid(graves disease) berumur 21 tahun, saya selalu mengalami chest pain terutamanya ketika bangun tidur, kadang² sakit dada sehingga lengan kiri rasa sakit. Saya juga dapat merasakan degupan jantung saya terlalu laju, adakah sakit dada itu berpunca daripada degupan jantung laju? Adakah ini perkara yang perlu dirisaukan?
Saya pernah melakukan rawatan ecg dan resultnya baik tiada masalah.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Komplikasi hipertiroid (thyroid storm)
- Serangan asma
- Radang tulang rusuk
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































