
Sulit
4 tahun
Selalu cirit birit dan sukar bernafaa
Sy wnita 23 , sy selalu cirit birit dn perut kembung selalu.kdg rase sukar bernafas lgi2 bila wktu mlm.sy asik selsema da 3 thun lma nye…pg cek klinik takde ape.sy risau dok…xthu ape pykit sy.kdg nk bernafas rase tak puas

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah ini. Simptom-simptom tersebut mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Kemungkinan besar masalah anda ini adalah berpunca daripada gejala cirit-birit secara langsung, dan ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Keracunan makanan
- Alahan pada makanan
- Jangkitan kuman atau virus pada usus
- Penyakit keradangan usus
- Masalah penghadaman seperti Celiac’s disease
- Makan makanan pedas atau meminum kopi secara berlebihan
- Irritasi toksin seperti kandungan rokok.
Untuk makluman pihak anda, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.