
Sulit
4 tahun
Selalu fikir dan rasa MCM skit jantung
Saya surirmh berusia 33thn sllu rasa dan fikir MCM kn jntung.sering buat ECG jntung alhamdulillah ok.skit dada, pening,RS terawang,sllu xsehat,sakit bdn,mata jd kmbg bpinar, badmood,fikir MCM nk mati,xseronok,tkot,gelisah,bdebar,jntung xsdp

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah jantung berdebar anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami jantung berdebar:
- Masalah psikologi seperti panik dan anxiety
- Penyakit lemah jantung
- Kurang darah merah (anemia)
- Masalah endokrin seperti hipertiroid
- Membuat aktiviti yang terlalu berat
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am, anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti yang disebutkan di bawah:
- Sakit dada
- Berpeluh
- Demam
- Sukar bernafas
- Jantung berdebar mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
- Pitam
- Lemah dan lesu badan
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk sesi konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.