
Sulit
5 tahun
Selalu keluar darah vegina
Saya wanita umur saya 21 tahun, sy sudah nikah, sebelum nikah period saya tidak stabil 3 bulan baru datang sekali,tempoh period datang 7 hari seminggu stabil. Selepas nikah period datang 25 hari dgn darah banyak selepas setahun period jadi xstabil dan kluar darah hari-hari darah cair,ada juga keluar warna coklat berpasir macam keluar keputihan tapi warnanya coklat,tapi tidak sakit. Saya dah prgi klinik 2 kali tapi doktor bagitau stabil tapi saya risau darah keluar setiap hari,darah keluar tidak banyak seperti darah ringan…
Soalan saya adakah semua yang terjadi adalah perubahan hormon atau kancel rahim?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan haid yang berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - jika mempunyai ujian pap smear positif, sejarah kekeluargaan
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan - seperti jamu, aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.