
Sulit
4 tahun
Selalu Keresahan, kebimbangan yang berlarutan, berfikiran negatif
Hai doktor, saya tak tahu nak tanya kat siapa lagi sebab segan, saya ada masalah keresahan, kebimbangan, berfikiran yang negatif, dan sering sesak nafas, mudah tersentuh dan jika saya marah badan dan tangan saya tak boleh tenang bergerak sana sini dan fikiran saya buruk sahaja serta akan berpeluh dengan banyak tanoa sebab sujar tidur malam dan memikirkan oerkara yang tidak berguna tentang diri dan banyak simptom ujian di laman web saya telah cuba dan keputusannya amat teruk, adakah saya anxiety sebab kawan berkata kemungkinan begitu. Mohon bantu saya doktor untuk pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan berkenaan masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab mengapa anda boleh mengalami masalah sedemikian:
- Masalah anxiety
- Kemurungan atau depression
- Panik
- Masalah perubatan seperti hipertiroid
- Ubat-ubatan
Ini hanyalah pandangan kami. Anda perlu diperiksa untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mengalami gejala-gejala sedemikian dan supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan kepada anda.
Buat masa ini, anda boleh lakukan langkah berikut:
- Tidur di dalam keadaan yang selesa
- Melakukan latihan pernafasan
- Jauhkan diri anda dari perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala yang disebutkan
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.