
Anonymous
2 tahun
Selalu pening dan kerap muntah
Saya cuma bertanya bagi pihak kawan saya , dia lelaki , dia kerap pening dan muntahh , bila pergi klinik doc hanya cakap tidak cukup rehat dan angin banyak dalam badan , kalau dia nak makan vitamin , vitamin apa yang sesuai dengan dia , pening je muntah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kerap pening dan muntah boleh disebabkan:
- Masalah dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, vestibular neuronitis
- Kurang vitamin B dan thiamin
- Kesan ubat-ubatan
- Alahan pada makanan
- Keracunan makanan
- Migrain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.