
Sulit
4 tahun
Selalu pening di bahagian tengkuk
Hai doc…say 36tahun seeing opening di bahagian tengkuk .kadang sampai mata nk tengok kdpn pun berpusing.apa sebenar nya masalah yg saya alami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Akan tetapi, maklumat yang diberikan tidak mencukupi dan kurang jelas bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah pening kepala atau ‘berpusing’ boleh disebabkan atas beberapa faktor, antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) adalah timbulnya rasa pening terkait perubahan posisi
- Meniere’s disease biasanya timbul dalam bentuk serangan dan semakin berkurang
- Acute vestibular dysfunction adalah akibat keradangan dan jangkitan
- migrain
Untuk mengetahui punca masalah anda dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Justeru, jika masalah ini masih berlarutan, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada dokor anda kembali. Terdapat penyakit lain yang perlu diteliti dan dikaji lagi.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .