
Sulit
4 tahun
Selalu rasa perut penuh
saya wanita 21 tahun. saya ada gastrik and sebelum ni pernah berak berdarah. ada sekali saya makan pedas and after that saya rasa perut saya sentiasa berangin and penuh even dah makan ubat gastrik, charcoal and sehari elok then proceed lagi keadaan macam tu. Keadaan ni buat saya kadang kadang susah nak berhafas seperti rasa tak cukup nafas, tak puas untuk hembus nafas and most everytime rasa tak selesa. saya makan ikut waktu dah sebab saya tau ada gastrik and tak makan benda pedas dh. adakah stress boleh lead to this situation? sebab saya dah kena benda sejak bulan 6 2020 until now.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ketidakselesaan perut seperti yang digambarkan anda boleh disebabkan oleh:
- Ketidakhadaman makanan
- Gastritis
- Keracunan makanan
Selain itu, sakit perut juga secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Anda disarankan untuk:
- Makan dengan kadar yang perlahan
- Jangan makan 3 jam sebelum tidur
- Elakkan makanan pedas
- Amalkan pemakanan yang kurang minyak, lebih sayur dan buah-buahan
- Elakkan stress
- Kerapkan bersenam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah ketidakselesaan perut merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar perubatan am (Internal Medicine)/ Gastroenterologist mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.