Sulit
3 tahun
Selalu sakit dada tanpa tidak tahu sebab
Bila sakit dada seluruh badan menggeletar dan terasa pening pening sakit ni datang semenjak saya berusia 17tahun lagi dan simtom tu masih ada smpai skrg dan belum pulih akan tetapi sakit tu datang secara tiba tiba
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit dada. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut daripada sebelum membuat sebarang kesimpulan tentang punca sebenar masalah yang anda alami.
Untuk makluman anda,sakit dada adalah satu tanda di sebalik penyakit lain.Terdapat beberapa penyebab sakit dada, antaranya ialah:
- Penyakit kegagalan jantung terseumbat ( Congestive Heart Failure )
- Sindrom akut koronari ( Acute coronary syndrome )
- Jantung bengkak
- Keradangan pada jantung yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau demam reumatik
- Penyakit hati atau kegagalan hati (badan akan kekuningan)
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Penyakit darah tinggi atau kencing manis
- Salur darah kaki tersumbat ( Deep vein thrombosis )
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit jantung dari lahir seperti jantung berlubang
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Berdasarkan keterangan anda, kami amat menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan fizikal segera dilakukan untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Sakit dada yang lama dan tidak pulih boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan anda.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.