Sulit
3 tahun
Selalu sakit tubuh semasa bangun tidur
Sy slalu tido lewat mlm, kadang ² xtido sari pom ad,blh x sy nk beli ubat tidur?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sukar tidur. Terdapat ubatan yang boleh membantu anda untuk tidur yang boleh di dapatkan di farmasi. Tetapi saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan terlebih dahulu supaya mengetahui masalah sebenar anda.
Berdasarkan keterangan anda, keluhan yang anda berikan masih belum jelas bagi menilai berat masalah anda. Bagaimanapun, secara umum gejala sukar tidur yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Stress dalam kehidupan harian
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Sesetengah ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selesema.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Dapatkan tidur yang lena untuk teruskan aktiviti harian !
Selain itu, sedikit tips untuk anda, amalan sleep hygine adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:
- Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
- Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
- Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
- Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
- Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.