
Sulit
4 tahun
Selalu sangat sakit kepala dan rasa mual dan munth
Hi doc Sya Tasha umur 18 sejak-sejak ni kepala saya selalu sangat sakit masa sakit tu dia bercampur dngn rasa muntah dan mual Lpstu penglihatan saya skrg selalu sngt kabur kadang jadi gelap tiba-tiba berdiri atau berjalan terhuyung-hayang kaki pulk selalu rasa kebas atau lemah apakah ni semua boleh jadi kn yg Sya ada barah otak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit kepala, mual, muntah dan masalah penglihatan yang disampingi dengan kekebasan yang anda alami kebelakangan ini. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait dengan masalah otak ataupun tidak.
Walaubagaimanapun, masalah yang anda perihalkan ltersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Masalah strok yang boleh mengganggu aliran darah ke otak. Strok mempunyai pelbagai jenis iaitu seperti Haemorrhagic Stroke (Pendarahan strok), Ischemic stroke (sel otak rosak akibat aliran darah terganggu), ataupun Transient Ischemic Stroke (Strok awal).
- Masalah salur darah kembung (Cerebral Aneurysm)
- Jangkitan kuman pada salur darah
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak (Meningitis) yang boleh menyebabkan keradangan
- Kanser otak
- Masalah jantung atau tekanan darah tinggi yang boleh mengganggu aliran darah keseluruh badan.
- Masalah migrain yang teruk.
Kebanyakan daripada penyakit yang disenaraikan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor umum seperti umur, kencing manis, kolestrol tinggi dan juga penyakit darah tinggi. Oleh itu, sekiranya anda tidak terdedah kepada faktor-faktor berikut, maka anda kemungkinan besar tengah menghadapi sejenis Migrain yang amat teruk.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera sekiranya perkara ini berlarutan atau semakin teruk dari masa ke semasa bagi mengenalpasti punca masalah dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.