
mad_shoters
4 tahun
Selalu sendawa dan sakit dada sebelah kiri
Salam… saya selalu sendawa dan merasa sakit dada sebelah kiri. Badan pun turun 14kg dari dec 2019 hingga mei 2020.b iadanya selalu rasa lemah dan lesu, hilang selera makan, seram sejuk dan kebas kaki dan tangan. Bole doktor bantu apakah masalah saya. Terima kasih

4 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang sakit dada yang anda alami sama ada serangan jantung atau tidak. Gejala sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.