
Sulit
3 tahun
Selalu Sendawa tanpa sebab
Hello, sebenarnya saya bekas pesakit covid-19 dan telah dischared pada bulan 3 2021, jadi selepas itu sehingga sekarang saya sihat cuma selepas makan dan minum saya akan sendawa tidak henti, kadang kala tidak perlu makan pun saya akan sendawa dan tidak selesa di bahagian dada, kadang kala nak bernafas pun rasa tak puas, dan saya juga ada penyakit asthma tetapi tidak teruk, last sakit asthma pada tahun 2018

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap sendawa tanpa henti dan mengalami ketidakselesaan pada dada disertai kesukaran bernafas. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
- Gangguan perasaan
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Pedih ulu hati
- Asid refluks (GERD)
- Serangan jantung
- Masalah paru-paru
- asma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.