Sulit
3 tahun
Selalu sesak nafas Dan jantung berdebar, sekarang sesuai tak ambil ujian darah
Saya selalu sesak nafas, Dan jantung 6,kadang2 seluruh badan lemas tapak kaki Dan tangan berpeluh. Tekak tekak pula sakit di irinfi dgn sakit mata Dan telinga, saya teringin membuat ujian darah tapi melihat keadaan sekarang rasa takut untuk ke klinik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor nagi medapatkan pemeriksaan lanjut.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda untuk keluar. Akan tetapi, sekiranya gejala yang anda alami sangat menganggu kehidupan seharian anda, amat disarankan untuk anda bejumpa dengan doktor. Sila ambil langkah berjaga-jaga ketika keluar dari rumah untuk berjumpa dengan doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.