Sulit
4 tahun
Selalu tewas awal ketika hubungan seks
Saya lelaki dalam 32tahun…ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan saya selalu kerap tewas awal dn menjadikan pasanga saya kecewa…ada jalan untuk selesaikan masalah saya??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda boleh lakukan beberapa perkara ini sebagai ikhtiar untuk membantu anda mengatasi masalah yang dihadapi:
- Menenangkan diri dan mengosongkan fikiran sebelum memulakan aktiviti seksual bersama pasangan
- Berbincang dengan pasangan anda mengenai kehendaknya
- Lakukan aktiviti pemanas (foreplay) dengan lebih lama
- Menggunakan alat bantuan sekiranya ada dan perlu
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana hal ini boleh mengganggu fikiran anda dan boleh menjejaskan hubungan seksual anda dan pasangan anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

































