
Sulit
2 tahun
Selamat atau alahan ubat
Saya baru mula on ubat antibiotik (ospamox 1000mg & crixan od 500gm) setiap 12jam oleh kerana terdapat jangkitan kuman gastrik. Kali ke 2 pengambilan ubat, selepas 6jam mkn ubat tersebut saya terasa seperti sukar hendak bernafas & kepala rasa pening. Tapi keadaan tersebut tidak berlarutan lama, dalam 10 ke 15minit sahaja.
Adakah ini salah satu tanda alahan ubat & ubat perlu ditukar?
Adakah kesan ubat antibiotik juga buat kita berasa pahit dalam mulut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami selepas pengambilan ubat anda boleh disebabkan kesan alahan terhadap ubat tersebut. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda untuk melaporkan kesan ubat ini agar langkah-langkah yang sesuaia seperti penukaran jenis ubat boleh dilakukan. Pengambilan ubat juga kadang-kala meninggalkan kesan tidak selesa pada mulut seperti berasa pahit atau rasa seperti besi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.