
Anonymous
5 tahun
Selamat malam saya minta tolong saya mencari ubat untuk gugurkan kandungan saya boleh doctor Bantu saya
Saya mengadung 1 bulan Dan mak ayah saya Tak mau saya punya anak jadi saya minta tolong sangat doctor bisa membantu says secepatnya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pihak farmasi kami tidak menyediakan ubat atau perkhidmatan gugur kandungan.
Namun begitu, anda perlu mendapatkan kepastian dengan ujian darah dan imbasan perut dari pihak hospital jika telah menggunakan kit ujian kehamilan.
Di samping itu, terdapat pelbagai komplikasi dalam prosedur gugurkan kandungan. Doktor perlu menjalankan pemeriksaan fizikal dan mengetahui status kesihatan sebelum prosedur tersebut.
Oleh itu, kami mengalakkan anda untuk mendapat kaunseling terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Anda boleh melawat LPPKN atau hospital terdekat untuk mendapatkan nasihat. Usah risau, pihak perubatan akan mencuba sedaya upaya untuk membantu anda dan menjaga rahsia peribadi anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.