
Sulit
3 tahun
Selamatkah penggunaan suplemen vitamin c jenama Shaklee?
Salam sejahtera, saya wanita berumur 20an dan masih bujang. Baru-baru ni selepas saya dah lengkap dua vaksin covid-19, saya ada beli suplemen vitamin c jenama Shaklee berbentuk pil dan jumlah vitamin c bagi satu pil tu ialah 500mg. Kita tahu bahawa, untuk golongan dewasa perlu ambil vitamin c hanya 70mg/day, jadi saya nak tanya selamat kah kalau saya makan suplemen vitamin c tu sebab Shaklee ni antara jenama produk kesihatan yang sangat terkenal juga dan ada pengiktirafan kkm. Selain itu, saya nak tanya juga berapa jumlah maksimum pengambilan vitamin c untuk dewasa bagi setiap hari…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, pengambilan vitamin C mempunyai manfaat yang banyak. Antaranya :
- Menjadikan kulit lebih sihat
- Meningkatkan ketahanan sistem imuniti badan
- Membantu menurunkan tahap kolesterol
- Boleh mencegah anemia (kekurangan darah)
- Boleh membantu dalam rawatan tekanan darah tinggi
- Boleh mempercepatkan penyembuhan luka
Vitamin C boleh didapati dalam sesetengah makanan seperti :
- Buah-buahan seperti oren, limau, strawberi, dan kiwi
- Sayur-sayuran seperti brokoli, ‘brussels sprouts’, bayam, kobis dan tomato
Vitamin C juga boleh didapati dalam bentuk supplemen seperti yang anda sedia maklum. Untuk golongan dewasa, keperluan vitamin C harian adalah dalam lingkungan 65-90mg. Sekiranya anda mengambil vitamin C secara berlebihan, ia tidak akan membawa kesan sampingan kerana vitamin C boleh larut dalam air, oleh itu ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Namun pengambilan vitamin C yang terlalu banyak, iaitu lebih 2,000mg sehari, boleh menyebabkan kesan seperti pening, loya dan cirit-birit.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila dapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.