mirafarhana.1994
6 tahun
Selepas Bersama Suami Keluar Darah
Saya malu nak tanya , tapi saya risau… amat risau, bila memikirkan selepas bersama suami malam itu, keesokannya saya dapati darah bercampur keputihan keluar tapi tak sakit, saya risau… bimbang akan hal ini. adakah ini bahaya pada saya. adakah ada peluang untuk saya hamil semula. doktor tolong jawab ya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah melakukan hubungan seks yang disertai dengan keputihan dapat terjadi disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- jangkitan faraj
- jangkitan mulut rahim
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































