Sulit
5 tahun
Selepas haid , keluar darah coklat
Saya ada teman wanita dan kami pernah melakukan hubungan seks , selepas melakukan seks , dia makan pil postinor dan selepas itu keluar haid , dan selepas habis haid , kami beli pregnancy test dan tidak positif tapi selepas beberapa hari , dia bagitahu ada keluar darah coklat pekat sedikit , adakah ianya kesan dari pertama kali makan pil perancang ? Atau sebab lain ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Darah hitam atau merah sangat gelap biasanya darah lama yang akan dikeluarkan bersama dengan darah baru. Ini sepatutnya sesuatu yang tidak perlu dikhuatiri. Pada penghujung tempoh haid anda, ia mungkin berwarna hitam, merah jambu, atau coklat. Cecair coklat atau ‘spotting’ hanyalah sebahagian daripada “proses pembersihan” apabila badan anda membuang lapisan rahim. Darah yang berada di lapisan rahim untuk jangka masa yang lama akan menjadi coklat dan akan menjejaskan warna haid anda. Oleh itu, apabila darah haid berwarna hitam atau coklat gelap, biasanya ia bermakna ada darah lama yang masih mengalir.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.























