
Sulit
4 tahun
Selepas keguguran ada susu badan
Hi seminggu yang lepas saya baru je DnC dekat hospital sbb keguguran… slepas 3 hari payudara saya membengkak dan surut selepas 3 hari kemudiannya… saya cube picit payudara dan ada susu keluar…saya amat terkejut adakah ini normal? macam mane ye… saya dah keguguran tapi ada susu badan ni…ermm… risau pulakk…ape perlu buat ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keguguran. Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah kepada anda atas keguguran yang berlaku.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, kebiasaannya setelah keguguran berlaku, pendarahan akan berterusan selama seminggu atau dua. Jumlah darah yang keluar berbeza mengikut individu. Boleh jadi juga darah yang keluar adalah darah nifas selepas bersalin atau keguguran. Darah nifas terbahagi kepada tiga iaitu:
- Lochia Rubra : berwarna merah terang, selepas sehari atau dua hari bersalin
- Lochia Serosa : berwarna pink-perang dan berterusan sehingga hari ke 10
- Lochia Alba : berwarna putih kekuningan berterusan sehingga 6 minggu selepas kelahiran
Selain darah, susu badan juga boleh keluar akibat perubahan hormon yang berlaku. Anda tidak perlu risau kerana gejala ini akan beransur pulih.
Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila jangan bertangguh untuk berjumpa Doktor di hospital atau klinik:
- Pendarahan yang banyak dan berterusan (darah di seluruh kain sarung atau berdarah memenuhi satu pada setiap dua jam)
- Sakit yang luar biasa
- Demam
- Pening kepala berterusan
- Pucat
Sekiranya anda masih ragu ragu tentang keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor yang merawat. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.