
ernisuriati25
5 tahun
Selepas makan makanan yg manis dan minum milo yg ditambah susu bacaan gula dlm darah saya 4.9 mmol/L.adakah bacaan tersebut normal
saya kerap berasa pening,mual,cepat letih dan sllu rasa berdebar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bacaan gula darah adalah seperti berikut:
Normal: rawak di bawah 11.1 mmol/L, Puasa di bawah 5.5 mmol/L, 2 jam setelah makan di bawah 11.1 mmol/L
Prediabetes: Puasa 5.5-6.9 mmol/L, 2 jam setelah makan 7.8-11.0 mmol/L
Diabetes: rawak di atas 11.1 mmol/L, Puasa di bawah 7.0 mmol/L ke atas, 2 jam setelah makan 11.0 mmol/L ke atas
Bagi maklumat dan keterangan lanjut, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.