
Sulit
3 tahun
Selepas serangan TIA
Says sudah hampir setahun kena serangan TIA. Walaupun saya sudah pulih, tapi saya selalu rasa kebas, lenguh dan kadang2 badan rasa tak seimbang, adakah itu kesan selepas kena TIA?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami serangan TIA (transient ischemic attack) setahun lalu dan anda kerap mengalami gejala kebas, lenguh dan ketidakseimbangan badan. Kami akan cuba membantu anda.
Simptom-simptom TIA biasanya berlaku untuk lebih kurang 5 minit kerana saluran darah pada otak tersumbat. Selepas serangan TIA, fungsi otak boleh kembali kepada normal, tetapi ada sesetengah orang yang mengalami kesan yang berpanjangan. Oleh itu, ada kemungkinan simptom-simptom anda disebabkan oleh kesan daripada serangan TIA. Namun, ia juga boleh menandakan serangan strok. Sekiranya anda mengalami gejala-gejala berikut, sila rujuk kepada hospital dengan kadar segera.
- Face : Muka tidak simetri atau kebas pada satu bahagian muka
- Arm : Lengan menjadi lemah atau tidak dapat diangkat
- Speech : Pertuturan yang tidak jelas atau tidak dapat memahami percakapan
- Time : Hubungi talian kecemasan atau segera ke hospital
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar neurologi.