
Sulit
4 tahun
Selepas sihat dari penyakit kelamin
Saya pun sudah di rawatan iaitu cucuk di bahagian punggung dan mengambil ubat telan yang diberikan Oleh doctor, dan sekarang saya sudah sihat macam biasa ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Namun, untuk makluman anda, secara umum, penyakit kelamin memang boleh dirawat dengan antibiotik, ubat antivirus atau antiparasit. Untuk merawat dan menyembuh penyakit kelamin, lebih daripada satu ubat diperlukan. Tidak semua penyakit kelamin dapat disembuh. Sesetengah penyakit kelamin boleh dirawat berdasarkan gejala-gejala seperti ulser/luka di kemaluan, lelehan dari uretra dan faraj. Sebaiknya, anda dinasihatkan untuk mencegah daripada hubungan seks sebelum mendapatkan pengesahan doktor bahawa anda telah sembuh.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.