
Sulit
4 tahun
Selesema 3hari haid..full pad..warna darah merah gelap
Saya wanita berumur23 tahun brkhwin 3tahun…selepas saya habis haid selama 3hari.saya terus selsema,demam,batuk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Gejala seperti yang anda nyatakan berkemungkinan berpunca daripada beberapa perkara dan sememangnya ianya memerlukan maklumat dan pemeriksaan lanjut sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat. Justeru itu, sukar untuk saya memastikan keterkaitan / hubungan gejala yang anda hadapi dengan haid wanita.
Bagaimanapun, untuk pengetahuan anda, gejala selsema dapat disebabkan beberapa penjelasan seperti berikut:
- Allergic rhinitis (resdung) alergi akibat sejuk, habuk, makanan
- Non-allergic rhinitis seperti drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
- Jangkitan virus
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berkenaan dengan gejala batuk dan demam anda, kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda agar penyebabnya dapat dikenalpasti. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, pemeriksaan susulan adalah diperlukan.
Memandangkan kini kita dilanda oleh virus COVID-19, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ada gejala berlaku dan berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih