
Sulit
2 tahun
Selesema, batuk berkahak, tiada sakit tekak
Salam sejahtera doctoroncall,
Saya sudah mengalami selesema selama sebulan dan berlanjutan. Sejak kebelakangan ini, saya batuk batuk tanpa henti dan kekadang berkahak. Sometimes warna hijau, sometimes putih, sometimes kuning. Mostly bila pagi keadaan saya teruk.
Boleh doctor bagi cadangan untuk saya overcome this?
Saya ambil ubat flu (hurix)
Ubat batuk (woods)
Saya ber umur 22 tahun

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Apabila terjadi batuk berkahak yang lama dan berterusan, terdapat beberapa kondisi yang mungkin dialami oleh anda seperti:
- Asma
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Bronkiektasis
- Tuberkulosis (Tibi)
- Bronkitis
- Kanser paru-paru
Maka anda harus mengambil langkah penjagaan yang sesuai seperti memakai topeng muka, menjauhi habuk dan sebagainya.
Bagi mengenalpasti penyakit sebenar yang mendasari keluhan anda ini, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.