
Sulit
5 tahun
Selesema hingga hidung berdarah
Saya wanita 20 tahun. Khamis minggu lepas saya mula selesema. Bermula ahad hingga hari ni sabtu saya selesema teruk dan hidung saya berdarah terutama waktu pagi. Sehari mesti skli hidung saya berdarah. Bila saya hembus hingus mesti akan campur dgn darah. Normal ke masalah saya ni?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kondisi hidung berdarah ketika selesema ini mudah berlaku bagi sesetengah orang kerana saluran darah dihidung adalah nipis dan mudah pecah terutamanya ketika selesema. Sekiranya pendarahan adalah banyak, anda dinasihatkan untuk menundukkan kepala kehadapan sambil memicit hidung depan anda bagi memastikan pendarahan berhenti. Sekiranya perkara ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih