Sulit
4 tahun
Selesema sejak tahu mengandung
SAya mengandung 16w. selesema saya tidak pernah berhenti.Saya dah makan loratadine 11 bj setakat ari ni.masih belum ada kesan untuk sembuh. Kemudain saya pergi klinik swasta dan Doktor bgi saya OXY-nasal. Hingus kering tapi kene selalu pakai. Adakah penggunaan nasal ada beri kesan pada kandungan saya nanti. Saya dh pakai nasal ni hampir 3 mggu. tima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Oxy-nase adalah sejenis ubat spray yang digunakan bagi melegakan sumbatan hidung. Pada wanita hamil, kajian mendapatkan bahawa kegunaan ubat ini tidak terdapat kontraindikasi ataupun kesan sampingan yang merbahayakan.
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.