Sulit
2 tahun
Selsema and batuk untuk 3 hari berturut turut
Hi doktor saya ada masalah batuk dan saya dh pegi jumpa doktor, ubat dah habis makan tp batuk still ada
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Jangkitan saluran pernafasan atas (upper respiratory tract infection/URTI)
- Radang sinus (sinusitis)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa semula dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai gejala ini, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Demam
- Batuk berkahak bercampur darah atau berwarna hijau
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Lemah dan lesu badan
- Semput
- Pening kepala
- Muntah-muntah dan loya
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.