
Sulit
3 tahun
Selsema berpanjangan hampir 2 bulan selepas vaksin Az
Hello Doktor, saya lelaki berumur 41 tahun dan pada 5/5 saya telah mendapatkan vaksin AZ dos pertama. Tiada kesan sampingan pada minggu pertama selepas vaksin. Tapi minggu berikutnya saya mengalami demam dan selsema yang agak teruk. Saya telah pergi ke klinik swasta dan doktor kata itu menandakan vaksin bertindak balas. Selepas beberapa hari demam dan selsema saya masih tidak kebah. Saya telah ke klinik kkm dan doktor telah mengambil darah saya. Tiada jangkitan kuman dan sebagainya doktor memberi ubat seperti biasa. Sehingga sekarang, demam saya telah kebah tetapi selsema saya masih ada sehingga hari ini. Sudah hampir 2 bulan selsema saya tidak hilang sepenuhnya. 7/7 saya telah mendapatkan temujanji untuk AZ dos kedua. Apa pandangan doktor? Selsema saya ini disebabkan vaksin dan patutkah saya teruskan dengam vaksin dos ke 2 ini? Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala selsema selama 2 bulan selepas mengambil vaksin Covid-19. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Resdung
- Jangkitan virus selesema - virus selesema mempunyai banyak jenis dan boleh mengambil masa lama untuk pulih
Untuk mengurangkan gejala selesema ini, anda boleh mengamalkan beberapa kaedah seperti:
- Memastikan bilik dan persekitaran bebas habuk - sekiranya sukar, pemakaian topeng muka dapat mengurangkan gejala
- Penggunaan ubat-ubatan seperti antihistamin, “decongestant” dan ubat titis
Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya anda boleh berunding tentang temuduga kedua vaksin Covid-19 anda. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini