
Anonymous
5 tahun
Selsema berpanjangan
hai doc…saya wanita yang berumur 30-an…saya tak boleh makan makanan seperti seafood,ikan bilis,belacan dan banyak lagi. jika makan mesti akan jadi selsema tetapi saya da mengambil suntikan dan alergik itu dah hilang dan saya da boleh makan makanan yg saya tak boleh makan…tetapi sejak beberapa hari lepas selsema saya dtg lagi…saya rasa ini adalah disebabkan alergik sebab hidung saya gatal…apa patut saya buat doc?ubat apa saya perlu makan utk stop kan sakit ni atau perlukah saya lakukan pembedahan…utk pengetahuan doc,kawan saya pernah mengambil suntikan ini tetapi dia telah sembuh sepenuh nya tetapi saya rasa alegfik saya da dtg balik…perlukah saya mengambil suntikan itu lagi spya nak sembuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda berkemungkinan mengalami gejala-gejala resdung/ Allergic Rhinitis atau Sinusitis. Selsema anda ini bukan selsema yang disebabkan oleh jangkitan bakteria namun ia lebih kepada masalah alahan.
Saya mencadangkan untuk anda berjumpa dengan doktor yang merawat anda untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut kerana beliau lebih mengetahui tahap kesihatan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.