
adahaziz8994
4 tahun
Selsema dan gatal mata dan hidung
Saya ade belai kucing baru2 ni,kesian tengok dia mcm mata berair dan mcm selsema,tp x pasti lepas tu saya dah cuci tgn ke belum,sbb selalunya saya kerap sentuh hidung n mata.Lepas kejadian tu,hari berikutnya terus saya selsema teruk dan kemudian gatal hidung dan bahagian mata. Adakah gejala ni akan berpanjangan…??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu selsema dan kegatalan pada mata dan hidung. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Allergic rhinitis (resdung) alahan akibat bulu haiwan, cuaca sejuk, habuk, makanan
- Non-allergic rhinitis seperti drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu bentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
- Jangkitan virus
Langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan gejala selsema adalah seperti:
- Minum banyak air untuk mengurangkan hidung tersumbat dan mengelakkan lendir daripada menjadi terlalu tebal. Minum air akan mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan kerongkong dan saluran rongga hidung.
- Cecair yang disyorkan termasuklah air, minuman sukan, teh herba, minuman buah-buahan dan sup.
Namun sekiranya gejala anda masih berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Gejala ini boleh berkurang jika atasi dengan betul dan cepat. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.