
Sulit
4 tahun
Selsema dan mata berair serta merah
Saya merupakan seorang wanita berusia 39 tahun. Sejak dua hari lepas saya mula selsema dan kerap bersin. Mata saya juga berair dan gatal dan salah satu telah menjadi merah. Saya tiada suhu tinggi (suhu badan normal 36.4).

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada gejala selsema dan mata berair yang anda alami, ia boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis (resdung) alergi akibat sejuk, habuk, makanan
- Non-allergic rhinitis seperti drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
- Jangkitan virus
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Memandangkan kini kita dilanda oleh virus COVID-19, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ada gejala berlaku dan berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.