
Sulit
4 tahun
SELSEMA DAN SESAK NAFAS KETIKA WAKTU SIANG DAN MALAM (TERUTAMA KETIKA HENDAK TIDUR MALAM). Saya juga merasakan ada sesuatu yang tersekat di bahagian kerongkong dan juga mengalami bersin dan batuk yang tidak kerap
Saya seorang lelaki dewasa yang sedang mengalami selsema dan sesak nafas ketika waktu siang dan malam menyukarkan untuk saya bernafas terutama pada waktu tidur malam. Saya juga merasakan ada sesuatu yang tersekat di bahagian kerongkong dan juga mengalami bersin dan batuk yang tidak kerap.
Jadi apakah jenis ubat yang perlu saya ambil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sesak nafas berlaku apabila saluran pernafasan menyempit akibat bengkak, mengecut atau tersumbat. Ia juga terjadi sebagai respons kekurangan oksigen.
Terdapat pelbagai punca sesak nafas antaranya adalah:
- Asma adalah penyakit yang disebabkan oleh alergi terhadap bahan pencetus asma. Pesakit asma mengalami masalah pembengkakan saluran pernafasan akibat terdedah kepada bahan alergi.
- Jangkitan paru-paru atau saluran pernafasan menyebabkan salur pernafasan bengkak dan paru-paru tidak dapat mengembang dengan baik sekaligusmengurangkan kadar oksigen yang masuk ke paru-paru.
- Masalah jantung boleh menyebabkan sesak nafas
- Kurang darah merah menyebabkan seseorang sesak nafas kerana sel darah merah membawa oksigen ke seluruh tubuh. Apabila kurangnya sel ini, paru-paru perlu bekerja lebih keras bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.