Sulit
5 tahun
Selsema sakit badan tetapi badan rasa panas
Saya mengalami selsema dan sakit badan selama 3 hari tetapi tidak deman. Badan suhu dalam 36.5. Adakah saya perlu pergi ke hospital untuk buat ujian covid-19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Saya memahami kebimbangan anda. Seperti yang anda sedia maklum, simptom-simptom COVID-19 mirip simptom-simptom penyakit saluran pernafasan yang lain. Oleh itu, sukar untuk menentukan jika anda dijangkiti COVID-19 berdasarkan simptom sahaja. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain jangkitan COVID-19, selsema dan sakit badan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain seperti virus influenza
- Masalah sinus
- Allergic Rhinitis
- Alahan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































