
Sulit
3 tahun
Selsema selepas vaksin 2nd dose
saya telah mengambil vaksin dos kedua pada hari isnin yang lalu. selang satu hari, saya mengalami selsema. saya telah membuat saringan/swab test kerana saya risau terjadi apa2 pada kesihatan saya, namun saya takut keputusan swab test saya menunjukkan hasil positive kerana saya baru sahaja lepas disuntik vaksin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, gejala selesema yag anda alami boleh disebabkan oleh kesan sampingan vaksin Covid-19. Selain itu, alahan, jangkitan virus lain pada sistem pernafasan seperti influenza juga boleh menyebabkan gejala anda.
Anda tidak perlu risau kerana swab test untuk Covid-19 tidak akan menunjukkan keputusan positif selepas pengambilan vaksin. Namun, ujian antibodi boleh menunjukkan positif. Ini bermaksud, sistem imuniti badan anda telah menghasilkan antibodi untuk melawan virus tersebut, tetapi ia hanya berlaku 12 hari pasca vaksinasi.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini