Sulit
4 tahun
Selsema yang berlarutan
Saya wanita berumur 26 tahun. Saya mengalami selsema lebih dari sebulan. Saya tidak mengalami sebarang demam atau batuk. Saya telah mengambil pelbagai jenis ubat untuk menghilangkan selsema ini tapi tidak sembuh. Selsema ini telah mengganggu rnafasan saya. Punca awal selsema ini adalah disebabkan oleh habuk.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala selesema berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Resdung (“Allergic rhinitis”)
- Jangkitan virus selesema - virus selesema mempunyai banyak jenis dan boleh mengambil masa lama untuk pulih
Untuk mengurangkan gejala selesema ini, anda boleh mengamalkan beberapa kaedah seperti:
- Memastikan bilik dan persekitaran bebas habuk - sekiranya sukar, pemakaian topeng muka dapat mengurangkan gejala
- Penggunaan ubat-ubatan seperti antihistamin, “decongestant” dan ubat titis
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.