
Sulit
4 tahun
Semakan symptom Covid 19 : Rasa sakit dada & lemah badan
Dear Dr. Saya rasa sakit dada & lemah badan. Mgu lepas saya telah dapatkan rawatan di klinik & Telah diberi ubat selesema & antibiotik. Kesihatan semakin pulih selepas itu. Dlm smlm rasa sakit dada sedikit. Pg ini rasa sakit dada, sakit kepala & lemah badan. Tiada demam. Saya tiada kontak rapat dgn + covid tetapi dlm 2 mgu lepas menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja. Pohon nasihat kesihatan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap atau khusus yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang biasa dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan COVID-19 atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Selain itu, kami sarankan anda untuk memantau gejala yang dialami dan sekiranya semakin teruk, sila pergi ke klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini