
Sulit
5 tahun
Sembelit berak darah
Salam doc says ingin bertanye Saya berak bdarah dh Dua Kali skli bulan 1 Hari tu. Saye Ade follow up spital. Tp Hari nie Saye kene lagi berak berdarah… Saya pergi kpj arinie die tngok Ade Luke di hujung dubur sy. Sy nk tnye srius ke doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki sama ada hal ini serius atau tidak. Anda disarankan untuk menanyakan soalan ini kepada doktor yang merawat anda kerana mereke mempunyai maklumat mengenai status kesihatana anda serta telah membuat pemeriksaan.
Namun hal demikian, sekiranya luka tersebut disebabkan trauma disebabkan tahi yang keras, ianya mungkin bukan perkara yang serius. Luka tersebut akan sembuh dengan sendirinya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.