
Sulit
3 tahun
Sembelit Dan anal fissures
Saya wanita berumur 29, saya ada masalah chronic constipation and severe anal fissure pain. Setiap kali selepas saya buang air besar saya akan tahan sakit selama 7 jam pada bahagian anal. Boleh kah saya consume fortrans selalu untuk sembelit ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai sejarah kesihatan sakit anal fissure serta sembelit kronik. Kini anda ingin tahu jika selamat untuk kerap mengambil Fortrans. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Forstans adalah sejenis laksatif yang sering digunakan untuk membersihkan naji dari usus besar. Berikutan itu, kesan sampingan mengambil ubat tersebut berpanjangan adalah:
- Cirit-birit
- Mual atau muntah
- Sakit perut atau angin
- Ketidak stabilan elektrolit
- Kerosakan buah pinggang
Kami bersimpati dengan masalah anda. Namun cara terbaik untuk mengatasi sembelit kronik adalah:
- Banyakkan minum air kosong
- Elakkan makanan menyebabkan sembelit seperti daging merah
- Perbanyakkan makanan berserat tinggi seperti oat
- Kerap makan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Elak kopi, teh dan coklat
- Elak makanan pedas atau berminyak
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.