
Sulit
4 tahun
Sembelit ketika mengandung
Saya wanita berumur 25 tahun… Saya baru saja mengandung… Dan sebelum ini saya memang mengalami sembelit yang teruk… Adakah boleh saya mengambil Bisacodyl…?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bisacodyl digunakan untuk merawat sembelit. Jika anda hamil dan ingin menggunakannya, anda perlu mendapatkan nasihat doktor di klinik berdekatan dahulu. Terdapat beberapa maklumat yang perlu diperolehi sebelum memberikan kesimpulan. Secara amnya, bisacodyl tidak digalakkan digunakan oleh wanita mengandung. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk mendapatkan ubat yang selamat untuk wanita mengandung.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.