
Sulit
4 tahun
Sembelit sblum haid punca haid lewat
Salam doc…nak tanya saya kene sembelit sebelum haid…adakah punca sembelit menyebabkan haid datang dtg lewat…sbb sepatutnya sy datang haid dua hari sebelum nie tapi … sbb kene sembelit…mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumussalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, sembelit bukanlah punca haid seseorang wanita itu datang lewat. Masalah sembelit berpunca daripada pergerakan usus yang perlahan, terdapat faktor yang menyekat laluan najis di dalam usus atau rektum ataupun najis yang keras.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami haid lewat, seperti:
- Sindrom polisistik ovari
- Berat badan: Berat badan yang berlebihan boleh mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan kaedah perancangan keluarga seperti pil perancang, implan, suntikan atau IUCD
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.