
Sulit
4 tahun
Seminggu sejak pulang dari Seoul, saya hadapi baruk, sakit tekak dan sakit dada semasa bernafas
Salam sejahtera, sudah seminggu sejak saya pulang dari seoul dan sewaktu saya pulang saya mempunyai batuk dan sakit tekak. Baru hari ni saya dapati dada saya dalam keadaan sempit ketika bernafas. Perlukah saya ke hospital dengan segera?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan simptom yang dialami serta sejarah melancong ke negara Korea yang merupakan antara negara yang berisiko untuk wabak coronavirus ini, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Namun begitu, melalui penilaian saya dari maklumat yang anda berikan, anda sangat berisiko tinggi untuk jangkitan coronavirus. Oleh itu amat disarankan untuk anda segera ke hospital bagi mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut. Selain itu, anda dinasihatkan untuk menggunakan topeng ketika keluar dari rumah dan mengamalkan etika batuk.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Diharap anda akan cepat sembuh. Terima kasih.